Tuesday, October 30, 2012

Another case of Nephrotic Syndrome..:((

Salam....

Semalam saya terima satu panggilan seorang ibu yang mengadu ttg kes anaknya yg baru disahkan mengidap Nephrotic Syndrome. Tadi pun dia call lagi. Sayu hati saya mendengar suaranya di hujung talian.Teringat akan kebimbangan dan kesedihan serupa yg saya alami 4 tahun dulu dan sememangnya ia umpama mimpi ngeri dalam hidup saya.Sebenarnya, sebelum ini pun sudah banyak saya terima panggilan serupa.
Kepada semua ibu yang anaknya mengalami masalah ini ingin dan masih tercari  - cari penawarnya saya SARANKAN untuk mencuba produk Fed Noni. Berdasarkan testimoni yang lepas - lepas, alhamdulillah berkesan. Ini bukanlah satu jaminan, tapi tidak salah kalau anda mencuba! Apa yang penting bagi saya, anak - anak yang punya masalah ini segera sembuh.Jika tidak melalui saya pun carilah produk ini di kawasan berhampiran anda.. .Semoga anda semua tabah menghadapi ujian ini! Jika terdapat sebarang persoalan, sila tinggalkan di ruangan komen. tq.

Saturday, May 19, 2012

Ada apa dengan penyengat, gegata dan tapai??

3 minggu kebelakangan ini memang sibuk tahap gaban... Mana nak prepare budak2 Actions Song peringkat negeri,mana nak siapkan papers untuk Mid Year Exam lagi...kalau banyak tangan macam sotong tu lain ler ceritanya kan:)
Sibuk punya pasal, tk sedar lengan Nurul bengkak..! Selidik punya selidik rupanya disengat penyegat daun di tanah dusun kecil jiran depan rumah.. Hmmm.... cik kak sorang ni!  Dah ke klinik pun.Tapi...surut bengkaknya teramatlah slow!
      Rupa - rupanya ada penawar yg lebih  mujarab dari ubat doktor untuk sakit sebegini. Tak payah minum,gigit atau telan.. sapu je ;) Meh kita tengok, apa ke bendanya tu....???

                                               

gambar - Ihsan Mr. Google...

Ye... ni lah penawarnya! Tapi jangan salah faham..yang mujarabnya air tapai tu sendiri bukan isinya. Sapu je pada luka atau tempat yang disengat, Insya Allah baik.
 Masa 2nd day exam hari tu ada sorang anak murid  kena gegata.. habis satu badan bengkak dan gatal- gatal.Kebetulan air tapai pemberian kawan(yang empunya petua) tu ada atas meja maka saya pun cuba sapu pada lengan dia (dlm hati cuak juga takut dia tak tahan lekit )
Tak sampai 15 minit dia datang semula jumpa  saya yg kebetulan guru bertugas.
"Teacher, boleh tolong sapu air tu kat belakang saya? Bengkak di lengan saya dah hilang!!!!
So, pada peminat tapai, jgn lupa simpan sebotol air tapai dalam fridge ;) Mana tau kes - kes begini terjadi pada anak - anak.. You can try it yourself!!