Thursday, July 23, 2009



Seperti yang dijanjikan, inilah dia cempedak luar pagar yang yang maksudkan dalam pantun hari tu. Banyakkan buahnya? Actually apa yang dipaparkan kat sini baru 5% dari jumlah buah yang sebenar tau.....( can you all imagine betapa banyaknya!) Dek kerana buahnya menjadi betul tahun ni, tak sampai hati pulak rasanya nak dibiarkan begitu saja.So, saya dan husband pun mulalah aktiviti balut membalut cempedak tiap hujung minggu.

Eventhough pokok ni bukan kami yang punya (pun bukan Ahmad Albab yang punya!)tuan tanah dah bagi green light untuk kami atau sesiapa saja yang teringin nak makan buah - buah tu. (Opss! Don't get me wrong... kami jaga bukan semata kerana nakkan hasilnya tau!)

Apa yang nak saya highligtkan kat sini ialah keseronokkan dan kepuasan yang saya rasakan bila melihat semua cempedak tu berbuah lebat dan terjaga.

Bercakap tentang rasanya....memang le manis!Tu lah yang membuatkan saya tak berapa nak makan sebab bila masuk bab benda - benda yang manis ni memang saya ada 'kureng' sikit.Tambah pulak baru makan seulas dua, dah angin satu badan. Memang le saya kalah dengan cempedak ni.