Friday, November 5, 2010

Terbang lagi RMku! mmmm..

Semalam selesai meeting guru terakhir untuk sesi 2010.Masing -masing dh dapat tugas baru untuk 2011. Tahun depan confirm la dapat masuk rumah baru!!(bangunan baru dh siap)Dlm kepala ni dh berkira -kira nak pasang langsir baru untuk kelas baru since this year tak buat.
Punyalah excited nak 'pinang' tokeh langsir kat sekolah ni untuk jahitkan langsir baru tu..Cepat je capai hp nak text message ler kononnya...FRUST BETULLL...!!gelap je skrin hp?? Apa kes la service centre Sony ******* ni ?Dh dua kali hantar service..lain "penyakit" pulak yg timbul.Dah penat rasanya ulang alik repair benda alah ni. dah la 3 minggu baru siap..hasilnya?? Tak berbaloi menunggu .

Dan dek kerana cik abang kat rumah ni memang pentingkan komunikasi dan faham feel isteri yang sorang ni.(susah wei nak bergerak kalau takde hp). Maka malam tadi, satu rumah diangkutnya pergi JJ, cari HP baru. Cik kak yang 4 orang tu, apalagi? melompat sakan le jawabnya..Yeay!! Mama dapat HP baru.
Dalam hati mama : Mmmm...Terbang lagi duit aku. Pakkal le hp ni satu keperluan!

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Jalan..ambil yang baik - baik saja..

Hari ni (lebih tepat lagi sepanjang minggu ni) memang tak menang tangan rasanya..biasalah , budak -budak dah habis exam..cikgu - cikgu macam lipas kudung menyiapkan apa yang patut sebelum sekolah bercuti panjang. Preparation untuk Hari Quality, update file peribadi murid, collect buku teks and what ever not yang berkait dgn tugas guru kelas semua kena settlekan..!

Punyalah tekun mengadap rekod- rekod bertimbun depan mata, sampai kengkawan pun perasan yang saya ni dekat 2 jam'beku' di meja sendiri. Tenung jam kat dinding dh dekat jam 10.Patut le perut ni dah macam ada pancaragam buat show! Lapar..

Tapi mana hilangnya semua umat kat bilik guru ni? Tiba - tiba..."Jom ler pegi soru nasi tomato."
Aiseh, lupa pulak arini ada Jamuan Perpisahan Tahun 6...! Rezeki ni.





Memang sedap makanan hari ni..nak pulak perut tgh lapar.Apa lagi..kayuh aje ler.
Nasi tomato, ayam masak merah,kurma daging,jelatah, dalca ayam, sate, kuih tako,tapai pulut etc..
Pada anak - anak Tahun 6, terima kasih atas undangan, selamat menempuh alam sekolah menengah.segala yg buruk jadikan ingatan dan sempadan,ambillah yang baik - baik saja sepanjang 6 tahun di Sk Serkam..Jaga diri, hiasi peribadi..
p/s : Jgn suka2 sangat yea..result belum keluar lg!












Monday, November 1, 2010








Waktu senja... Gambar - gambar ni diambil kira -kira 2 bulan lepas. Lokasinya, depan rumah je.. Kira bolehla..kan? Amatur.. Ini kes 'balas dendam'sebenarnya(baru dapat camera baru! he3..)Masa raya hari tu rasa geram sesangat sebab tak dapat capture momen - momen indah dengan family.Mana taknya,camera kat rumah ni dah lama bungkus..Kononnya dapat le nak harapkan hp Sony Erricson Cybershot yg ada tu.Alih2 dia pun'nazak' jugak seminggu sebelum raya..adoii!! Sudahnya,pandang aje la bila orang lain dok posing..

Actually bukan nak cerita pasal camera DSLR saya ni..tp pasal waktu senja. Orang tua dulu - dulu, (termasuk le mak saya)cukup pantang kalau kita, anak - anak masih dok ada di luar rumah waktu senja/maghrib.masa kecik -kecik dulu... biasanya abang la yang selalu kena leter, sebab bila dapat main bola..dia lupa jalan balik rumah!Memang patut le kena marah, kan?
Cakap pasal waktu senja ni, memang saya suka.. sebab 'wajah' langit pada waktu ni biasanya nampak cantik.kuning, oren, merah bersatu membentuk suatu fenomena alam yang menakjubkan.Mungkin kecintaan saya pada waktu senja ni ada kaitan dengan waktu kelahiran saya? Menurut mak, saya melihat dunia betul - betul ketika masuk waktu senja/maghrib.
Apa rasionalnya kita tak boleh berada di luar rumah pada waktu iniye? Saya teringat akan satu artikel tentang waktu senja/ maghrib yang pernah saya baca dulu yang mengatakan bahawa pada waktu ni alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini (infra-red)menghampiri frekuensi jin dan iblis.Dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang dalam perjalanan juga. Mereka yang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan warna mata kita.Harap - harap lepas ni, anak - anak kita akan faham maksud larangan kita tentang hal ini.Insya - Allah..

Friday, July 30, 2010

Nephrotic Syndrome?????

"Penyakit apa tu?", "Cuba kau explain kat aku, tak pernah dengar la.." atau "dalam bahasa mudahnya apa ya?" Ini adalah antara response yang saya terima dari kawan2 sebaik mereka tahu Nurul mengidap Nephrotic Syndrome dua tahun dulu..Memang,jika saya ditempat mereka mungkin itulah juga antara soalan2 pertama yang terpacul dari mulut saya.Sangat asing..saya sendiri tak pernah hayat mendengarnya!
Waktu itu sayunya hati Tuhan saja yang tau bila menatap wajah anak yang dulunya sihat,kini bengkak di sana sini.Segalanya bermula bila suatu pagi Nurul bangun dengan kelopak mata yang membengkak, mata hitamnya kelihatan segaris cuma. Awalnya saya fikirkan dia digigit serangga.Bagai nak luruh rasa jantung bila doktor memaklumkan sebaliknya, "Cepat refer anak ke GH.Kidney dia mungkin dijangkiti virus.Ini ada kaitan dengan masalah buah pinggang..."Kidney disfunction ke doktor?" cepat saja saya memintas."Bukan,tapi kalau tak dirawat..akan membawa kepada masalah itu.Diam tak terkata saya waktu itu.Kecil2 lagi dah dapat penyakit berbahaya macam ni!! Kesian anak aku!! Puncanya??Doktor pun tak dapat nak sahkan. Sebaik saja urine diperiksa, atas saranan doktor itu saya terus shoot ke Putra Hospital untuk dapatkan second opinion.Mujur doctor di klinik tu pun punya pengalaman serupa, bezanya anak dia lelaki.Serabut sungguh kepala!mana anak2 lain nak kena tinggal,result UPSR anak2 murid nak keluar 2 , 3 hari lagi..semua duk bermain dalam kepala.Dapat saja recommendation dari doktor pakar di situ,esoknya Nurul saya bawa ke GH, langsung admitted selama 5 hari.Kiranya dah 2 tahun incident ini berlaku(dah tak perlu makan ubat lagi)...dan minggu lalu penyakit itu menyerang lagi!(first relapsed bagi Nurul)Maka bermulalah semula era pergantungannya pada Prednisolone dan kali ini jumlah pengambilannya bertambah sedikit (mengikut umurnya).Ya ALLAH, kuatkan semangatku..!

Merata saya jelajah, akhirnya saya temui apa yang dicari di http://drazwan.blogspot.com/2007/10/nephrotic-syndrome-dan-perawatan.html
Terima kasih Dr Azwan atas info anda.

APA ITU NEPHROTIC SYNDROME

Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.


Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

PUNCA

Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.


KOMPLIKASI
Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.

PERAWATAN

Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu menambah kefahaman kita tentang penyakit ini. Salam..

Saturday, July 24, 2010

Jumpa lagi..

Salam semua..
Rupanya dah hampir setahun tak menjengah blogku ini yea..!kesian dia..Kalau rumah, dh tentu berkilo debu dan sawang dok bermaharajalela..apa nak buat, masa tu mmg selalu jealous kan?
Ini pun.. baru dapat mencuri masa mencangkul kat belakang rumah..berpeluh sakan!!ringan rasa badan.2 hari berumahtangga di Hospital Melaka meneman anak bongsu..,lemas rasanya. Bukan sebab tak cukup tidur,tapi tak tahan dengan aircondnya..sejuk bebenor! patut le Allah tak takdirkan aku belajar kt oversea ye,sejuk aircond pun dah surrender.
Ok, kita lupakan pasal lemas dan aircond tu dulu..Sebenarnya nak cerita pasal SAKIT TEKAK. Cuaca panas yang melanda di mana - mana bahagian dunia sekarang ni sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita. Mata jadi perit, kepala sakit, migraine memang perkara biasa.Ditambah dengan musim buah - buahan, lagi banyaklah penyakit sampingan dan salah satunya SAKIT TEKAK. Sakit ini kedengarannya sangat 'common'dan remeh pada sesetengah orang (termasuklah diri yang sedang bercerita ni!)
Dulu ya, tapi sekarang tidak lagi..SAKIT TEKAK walaupun sekejap,waima sedikit pun amat BAHAYA dan perlukan PERHATAIAN dan TINDAKAN segera..terutamanya bila melibatkan anak2 kecil.Serik rasanya bila Nurul disahkan menghidap Nephrotic Syndrome hanya gara2 kidney nya dijangkiti kuman akibat sakit tekak yg cuma singgah tak sampai pun satu malam! Kesian dia..Kawan - kawan, apa itu Nephrotic Syndrome? Bagaimana mengenalinya? Apa perubahan2 yang jelas kelihatan?Insya Allah akan saya kongsikan pengalaman ini bersama sama. Bersambung..