Sunday, July 26, 2009

Belajar dari alam

Masa sibuk2 kutip cempedak last week, mata saya tertangkap pada sebiji yang dah ditebuk dek tupai. Ingatkan dah tak leh nak makan... so saya nak camp.....akk le datang tong sampah. Datang my husband pulak melarang. Saya tanya kenapa?Apa dia jawab...bukan manusia je yang bijak pandai, binatang pun ada kelebihannya. Kalau diteliti ... buah yang ditebuk tupai ni (macam jugak durian) biasanyanya adalah buah yang terbaik. Ya ke? Part yang ditebuk itulah yang paling manis dan selalunya kat pangkal buah.



Petua orang tua, kalau nak buat benih, biji bahagian pangkal itulah yang dipilih!(Ada sesiapa yang lebih arif tentang ini,silalah tambah atau betulkan fakta ni ya.)Satu lagi, bahagian yang ditebuk tupai tak menjejaskan bahagian yang lain. Berbeza pulak bila buah tu 'diinject'serangga perosak, sebiji buah boleh jadi busuk.

Dulu, bila teingin je nak makan cempedak, tuju gerai jual cempedak goreng dekat warung sekitar sini. Tak terpikir pun masalah camne nak tau bila buah tu di consider dah boleh dipetik dan apa signal yang menunjukkan buah tu dah ready untuk dimakan. Tapi sejak idea 'menjaga dan merawat' pokok cempedak ni timbul barulah saya tau bahawa cempedak sedia dipetik bilamana tangkainya agak kekuningan dan boleh dimakan bila bau semerbaknyaknya tu dah terbit! Alahai...alangkah dangkalnya ilmu di dada.Mungkin bagi sesetengah orang benda ni remeh, tapi pada saya ia penting sebab hal - hal macam ni kita tak belajar masa kat sekolah dulu. At least, bila anak - anak bertanya saya punya jawapan untuk soalan2 mereka,kan? Bebudak sekarang rasanya memang ramai yang tak kenal dan ambil tahu tentang tumbuhan ni. So, wajarlah bila para bijak pandai mengatakan "Belajarlah dari alam."