Friday, July 30, 2010

Nephrotic Syndrome?????

"Penyakit apa tu?", "Cuba kau explain kat aku, tak pernah dengar la.." atau "dalam bahasa mudahnya apa ya?" Ini adalah antara response yang saya terima dari kawan2 sebaik mereka tahu Nurul mengidap Nephrotic Syndrome dua tahun dulu..Memang,jika saya ditempat mereka mungkin itulah juga antara soalan2 pertama yang terpacul dari mulut saya.Sangat asing..saya sendiri tak pernah hayat mendengarnya!
Waktu itu sayunya hati Tuhan saja yang tau bila menatap wajah anak yang dulunya sihat,kini bengkak di sana sini.Segalanya bermula bila suatu pagi Nurul bangun dengan kelopak mata yang membengkak, mata hitamnya kelihatan segaris cuma. Awalnya saya fikirkan dia digigit serangga.Bagai nak luruh rasa jantung bila doktor memaklumkan sebaliknya, "Cepat refer anak ke GH.Kidney dia mungkin dijangkiti virus.Ini ada kaitan dengan masalah buah pinggang..."Kidney disfunction ke doktor?" cepat saja saya memintas."Bukan,tapi kalau tak dirawat..akan membawa kepada masalah itu.Diam tak terkata saya waktu itu.Kecil2 lagi dah dapat penyakit berbahaya macam ni!! Kesian anak aku!! Puncanya??Doktor pun tak dapat nak sahkan. Sebaik saja urine diperiksa, atas saranan doktor itu saya terus shoot ke Putra Hospital untuk dapatkan second opinion.Mujur doctor di klinik tu pun punya pengalaman serupa, bezanya anak dia lelaki.Serabut sungguh kepala!mana anak2 lain nak kena tinggal,result UPSR anak2 murid nak keluar 2 , 3 hari lagi..semua duk bermain dalam kepala.Dapat saja recommendation dari doktor pakar di situ,esoknya Nurul saya bawa ke GH, langsung admitted selama 5 hari.Kiranya dah 2 tahun incident ini berlaku(dah tak perlu makan ubat lagi)...dan minggu lalu penyakit itu menyerang lagi!(first relapsed bagi Nurul)Maka bermulalah semula era pergantungannya pada Prednisolone dan kali ini jumlah pengambilannya bertambah sedikit (mengikut umurnya).Ya ALLAH, kuatkan semangatku..!

Merata saya jelajah, akhirnya saya temui apa yang dicari di http://drazwan.blogspot.com/2007/10/nephrotic-syndrome-dan-perawatan.html
Terima kasih Dr Azwan atas info anda.

APA ITU NEPHROTIC SYNDROME

Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.


Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

PUNCA

Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.


KOMPLIKASI
Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.

PERAWATAN

Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu menambah kefahaman kita tentang penyakit ini. Salam..