Wednesday, May 11, 2011

Bulan Mei datang lagi..

Kalau diikutkan, banyak peristiwa penting berlaku dalam hidup saya ketika bulan Mei ni..
Yang sedih ada, gembira pun ada...

Salah satunya ,16 MEI.... tak dapat dinafikan, tarikh keramat ni memang penting untuk semua yang bergelar PENDIDIK. (tak caya..ce tanya cikgu2 tu semua) Inilah masanya untuk kami para guru merai dan menghargai diri dan profesion kami sendiri.. ; ha..3 bunyinya macam syok sendiri... dah mmg itu hakikatnya nak buat camana ? kalau guru sendiri tak rai dan suka akan hari ini siapa lagi, ye dak ;))
Tinggal 5 hari je lagi ni ha.. Kawan2 rancang utk bawa pot luck masing2 pada hari tu.. ada yang nak buat secara individu ..ada yang pakat buat ramai2.. Aduhai..!! nak masak apa ye??????
Siapa boleh tolong pilihkan...?



Nak masak ini?

Ini...

Ini ke??


Yang ni ok tak?


atau ini??


Rasa - rasanya ........................ yang mana la yang ku bawa pada hari itu ya??
Kita tengok .. mana yang kena!!

Sunday, May 1, 2011

Jalan2 ke Cameron Highland


SELAMAT HARI PEKERJA..dan selamat bercuti.... :)

Ke mana destinasi anda kali ini? Nampak gayanya, saya dan anak2 dok di rumah saja cuti ni.
Almaklum...kena jaga org sakit..my second and third daughters kena chicken pox.... Saya sendiri baru habis exam OUM semalam, dan en. hubby pulak kena OT 2 hari ni...;)
So, anak2 .. lain kali je lah fikir pasal pegi jalan2 ye..

Apa - apa pun meh flash back kenangan di Cameron Highland hari tu.. Layanzzz!




Dah tiba Tanah Rata


Suka tengok rumah ni..lupa pulak nama dia..



kat sini pun cantik..


Hubby, opah dan anak2 posing sekejap di signboard Bharat Tea Plantation :)

Nurin pun sama..


Ladang teh yang luas saujana mata memandang...


di celah - celah pohon teh




rehap jap... letih berjalan.




Opah happy time ni coz selalu datang tengok dari atas kereta je.. kali ni dapat round kat bawah!


Nana

Terpegun Nurul tengok bunga - bunga cantik


Kalau Aisyah n Nurul dah depan camera...mmm ..


Teh pelbagai perisa ada di jual di sini..order je!





bab yang paling tak menahan.....ORKID!!


PURPLE


PUTIH


TOMPOK2..SEMUA ADA.. ini baru sikit, tak larat nak snap semuanya..boleh juling biji mata :)


Kepada peminat - peminat bunga bolehlah melawat taman bunga yang di bangunkan oleh MARDI. Masa kami ke sana tak tau pula ada taman tu.. Dapat info dari tv..so jgn lupa pegi sana ye... Bye..

Nephrotic Syndrome VS FED NONI


TENGOK BETUL - BETUL..........................!!

Yang seorang ni kurus......




INI???



DAN..............

yang ini ?? bukan main tembam!!
'Mereka' ni bukan kawan, kembar tak seiras pun bukan..
Tapi yang pasti... 'mereka' adalah anak saya .... NURUL :)

Masih ingat dengan cerita Nephrotic Syndrome yang saya ceritakan dulu? Gambar - gambar ini saya ambil sebelum dan semasa Nurul menghidap penyakit itu buat kali pertama. Apa agaknya reaksi anda jika perubahan drastik ini berlaku hanya dalam masa kurang dari 2 minggu?
Jujur saya katakan... ia amat menakutkan ...amat merisaukan.. !!Kesan dari Prednisolone yang diambil itu menyebabkan selera makannya menjadi - jadi. Sehingga sampai satu tahap perutnya tegang dek kerana penuh dengan makanan tapi masih terus mahu makan? 2 hari tidak membuang air besar, sudahnya satu malam dia berguling kesakitan sebelum berjaya 'mengeluarkan' apa yang sepatutnya dikeluarkan 2 hari sebelum itu.
Sejak mendapat 'wajah' baru ini tak ada orang yang tak menoleh 2 kali bila terpandangnya..Semuanya geram dengan muka tembam dia. Dan setiap kali itu juga Nurul akan mengomel sendirian..."ngape orang asyik tengok adik?tak tau ke adik ni sakit?" Dan masa itu jugaklah air mata saya meluncur laju...
Sejak berlaku relapse kali pertama (2 tahun lepas) saya bertekad untuk memastikan penyakit ini tidak singgah dalam hidup Nurul lagi...Dan syukur alhamdulillah, selepas discharged dari hospital, dia diberi ubat seperti biasa sehinggalah doktor mengarahkan pemberian diberhentikan begitu juga pemantauan air kencing menggunakan dipstick..
Setakat ini, alhamdulillah Nurul sihat..result air kencingnya semua -ve..meaning tak de protein yang lolos!! Dan... inilah RAHSIANYA....



FED NONI.......

Betul... ubat inilah yang saya beri pada Nurul ;) Tak de steroid..or what ever..bahan asasnya cuma mengkudu. Paling penting ia disahkan HALAL (JAKIM) dan SELAMAT oleh KKM. Itu yang membuatkan saya berani menggunakan produk ini dan terus jadi STOKIS !! Bukan senang saya nak 'tergoda' dengan sesuatu produk ni wei....sehingalah saya melihat hasilnya..






Wajah Nurul kini... :)

ALHAMDULLLAH....


































































































Friday, March 25, 2011


Assalam...
Semasa sibuk - sibuk mencari bahan untuk assignment hari tu..saya terbaca artikel tentang kelebihan Surah Al Mulk...Masya Allah hebat sungguh ayat ini. Sebelum ini cuma tahu nama dan bacanya saja. Beruntunglah orang -orang yang dapat mengamalkannya.Terasa kecil dan hinanya diri saya di sisiNya..

KELEBIHAN SURAH AL-MULK
Kelebihan Surah Al-MulkSurah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan keMeskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebatpada pandangan makhluk."
12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."