Friday, November 5, 2010

Terbang lagi RMku! mmmm..

Semalam selesai meeting guru terakhir untuk sesi 2010.Masing -masing dh dapat tugas baru untuk 2011. Tahun depan confirm la dapat masuk rumah baru!!(bangunan baru dh siap)Dlm kepala ni dh berkira -kira nak pasang langsir baru untuk kelas baru since this year tak buat.
Punyalah excited nak 'pinang' tokeh langsir kat sekolah ni untuk jahitkan langsir baru tu..Cepat je capai hp nak text message ler kononnya...FRUST BETULLL...!!gelap je skrin hp?? Apa kes la service centre Sony ******* ni ?Dh dua kali hantar service..lain "penyakit" pulak yg timbul.Dah penat rasanya ulang alik repair benda alah ni. dah la 3 minggu baru siap..hasilnya?? Tak berbaloi menunggu .

Dan dek kerana cik abang kat rumah ni memang pentingkan komunikasi dan faham feel isteri yang sorang ni.(susah wei nak bergerak kalau takde hp). Maka malam tadi, satu rumah diangkutnya pergi JJ, cari HP baru. Cik kak yang 4 orang tu, apalagi? melompat sakan le jawabnya..Yeay!! Mama dapat HP baru.
Dalam hati mama : Mmmm...Terbang lagi duit aku. Pakkal le hp ni satu keperluan!

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Jalan..ambil yang baik - baik saja..

Hari ni (lebih tepat lagi sepanjang minggu ni) memang tak menang tangan rasanya..biasalah , budak -budak dah habis exam..cikgu - cikgu macam lipas kudung menyiapkan apa yang patut sebelum sekolah bercuti panjang. Preparation untuk Hari Quality, update file peribadi murid, collect buku teks and what ever not yang berkait dgn tugas guru kelas semua kena settlekan..!

Punyalah tekun mengadap rekod- rekod bertimbun depan mata, sampai kengkawan pun perasan yang saya ni dekat 2 jam'beku' di meja sendiri. Tenung jam kat dinding dh dekat jam 10.Patut le perut ni dah macam ada pancaragam buat show! Lapar..

Tapi mana hilangnya semua umat kat bilik guru ni? Tiba - tiba..."Jom ler pegi soru nasi tomato."
Aiseh, lupa pulak arini ada Jamuan Perpisahan Tahun 6...! Rezeki ni.





Memang sedap makanan hari ni..nak pulak perut tgh lapar.Apa lagi..kayuh aje ler.
Nasi tomato, ayam masak merah,kurma daging,jelatah, dalca ayam, sate, kuih tako,tapai pulut etc..
Pada anak - anak Tahun 6, terima kasih atas undangan, selamat menempuh alam sekolah menengah.segala yg buruk jadikan ingatan dan sempadan,ambillah yang baik - baik saja sepanjang 6 tahun di Sk Serkam..Jaga diri, hiasi peribadi..
p/s : Jgn suka2 sangat yea..result belum keluar lg!












Monday, November 1, 2010








Waktu senja... Gambar - gambar ni diambil kira -kira 2 bulan lepas. Lokasinya, depan rumah je.. Kira bolehla..kan? Amatur.. Ini kes 'balas dendam'sebenarnya(baru dapat camera baru! he3..)Masa raya hari tu rasa geram sesangat sebab tak dapat capture momen - momen indah dengan family.Mana taknya,camera kat rumah ni dah lama bungkus..Kononnya dapat le nak harapkan hp Sony Erricson Cybershot yg ada tu.Alih2 dia pun'nazak' jugak seminggu sebelum raya..adoii!! Sudahnya,pandang aje la bila orang lain dok posing..

Actually bukan nak cerita pasal camera DSLR saya ni..tp pasal waktu senja. Orang tua dulu - dulu, (termasuk le mak saya)cukup pantang kalau kita, anak - anak masih dok ada di luar rumah waktu senja/maghrib.masa kecik -kecik dulu... biasanya abang la yang selalu kena leter, sebab bila dapat main bola..dia lupa jalan balik rumah!Memang patut le kena marah, kan?
Cakap pasal waktu senja ni, memang saya suka.. sebab 'wajah' langit pada waktu ni biasanya nampak cantik.kuning, oren, merah bersatu membentuk suatu fenomena alam yang menakjubkan.Mungkin kecintaan saya pada waktu senja ni ada kaitan dengan waktu kelahiran saya? Menurut mak, saya melihat dunia betul - betul ketika masuk waktu senja/maghrib.
Apa rasionalnya kita tak boleh berada di luar rumah pada waktu iniye? Saya teringat akan satu artikel tentang waktu senja/ maghrib yang pernah saya baca dulu yang mengatakan bahawa pada waktu ni alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini (infra-red)menghampiri frekuensi jin dan iblis.Dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang dalam perjalanan juga. Mereka yang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan warna mata kita.Harap - harap lepas ni, anak - anak kita akan faham maksud larangan kita tentang hal ini.Insya - Allah..