Saturday, July 25, 2009

Lagi lagi cempedak...

Dan ini adalah 'hasil tuaian' kami yang pertama. It was about a month ago. Time ni belum banyak yang boleh dipetik/dijolok. Minggu lepas rasanya paling best since kami dapat turunkan kira -kira 100 biji cempedak! Sayangnya 'buktinya' tak dapat nak tayang kat sini sebab si kecik saya (Nurul) dah terdelete gambar tu. Aiseh...geram betul saya waktu tu. Agak - agak nya tau tak apa saya buat dengan buah - buah tu semua? Jual? Salah... 'Kendurikan' semuanya? Oh... itu tak mungkin sama sekali! Kalau itulah yang terjadi mau tak bangun pagi saya dibuatnya.
Saya "faraidkan ' pada jiran tetangga dan kengkawan kat sekolah... ada tu buahnya dah sampai KL, Seremban dan Johor lagi. Bukan apa, daripada busuk kat pokok, baik sedekah pada orang lain. Sekurang -kurangnya tuan punya pokok dapat pahalanya betul dak?Saya dan suami cuma jadi tukang jaga dan perantaranya aje...


Salah sebiji daripada cempedak yang bakal 'jadi mangsa' Nurin, Nana, Aisyah,Nurul...dan termasuklah abahnya!





inilah rupa isinya selepas kena 'operate'. Amacam? Tak terliur ke MakTeh? Kalau memang dah tergoda tu cepat- cepat le ambik kat rumah Mak Itam. Memang manis...tak tipu. ada kawan kata, husband dia dah beli cempedak kat 3 , 4 tempat tapi tak semanis yang kami bagi. Mungkin sebab cempedak ni masak di pokok tak macam yang dijual kat kedai, most of them diperam dengan kabait supaya cepat masak.
Banyak benda yang saya belajar tentang buah dan pokok cempedak ni (sesuai dengan pantun hari tu!) Nak tau? Tunggu sambungannya nanti!