Saturday, July 25, 2009

Lagi lagi cempedak...

Dan ini adalah 'hasil tuaian' kami yang pertama. It was about a month ago. Time ni belum banyak yang boleh dipetik/dijolok. Minggu lepas rasanya paling best since kami dapat turunkan kira -kira 100 biji cempedak! Sayangnya 'buktinya' tak dapat nak tayang kat sini sebab si kecik saya (Nurul) dah terdelete gambar tu. Aiseh...geram betul saya waktu tu. Agak - agak nya tau tak apa saya buat dengan buah - buah tu semua? Jual? Salah... 'Kendurikan' semuanya? Oh... itu tak mungkin sama sekali! Kalau itulah yang terjadi mau tak bangun pagi saya dibuatnya.
Saya "faraidkan ' pada jiran tetangga dan kengkawan kat sekolah... ada tu buahnya dah sampai KL, Seremban dan Johor lagi. Bukan apa, daripada busuk kat pokok, baik sedekah pada orang lain. Sekurang -kurangnya tuan punya pokok dapat pahalanya betul dak?Saya dan suami cuma jadi tukang jaga dan perantaranya aje...


Salah sebiji daripada cempedak yang bakal 'jadi mangsa' Nurin, Nana, Aisyah,Nurul...dan termasuklah abahnya!





inilah rupa isinya selepas kena 'operate'. Amacam? Tak terliur ke MakTeh? Kalau memang dah tergoda tu cepat- cepat le ambik kat rumah Mak Itam. Memang manis...tak tipu. ada kawan kata, husband dia dah beli cempedak kat 3 , 4 tempat tapi tak semanis yang kami bagi. Mungkin sebab cempedak ni masak di pokok tak macam yang dijual kat kedai, most of them diperam dengan kabait supaya cepat masak.
Banyak benda yang saya belajar tentang buah dan pokok cempedak ni (sesuai dengan pantun hari tu!) Nak tau? Tunggu sambungannya nanti!

Thursday, July 23, 2009



Seperti yang dijanjikan, inilah dia cempedak luar pagar yang yang maksudkan dalam pantun hari tu. Banyakkan buahnya? Actually apa yang dipaparkan kat sini baru 5% dari jumlah buah yang sebenar tau.....( can you all imagine betapa banyaknya!) Dek kerana buahnya menjadi betul tahun ni, tak sampai hati pulak rasanya nak dibiarkan begitu saja.So, saya dan husband pun mulalah aktiviti balut membalut cempedak tiap hujung minggu.

Eventhough pokok ni bukan kami yang punya (pun bukan Ahmad Albab yang punya!)tuan tanah dah bagi green light untuk kami atau sesiapa saja yang teringin nak makan buah - buah tu. (Opss! Don't get me wrong... kami jaga bukan semata kerana nakkan hasilnya tau!)

Apa yang nak saya highligtkan kat sini ialah keseronokkan dan kepuasan yang saya rasakan bila melihat semua cempedak tu berbuah lebat dan terjaga.

Bercakap tentang rasanya....memang le manis!Tu lah yang membuatkan saya tak berapa nak makan sebab bila masuk bab benda - benda yang manis ni memang saya ada 'kureng' sikit.Tambah pulak baru makan seulas dua, dah angin satu badan. Memang le saya kalah dengan cempedak ni.





Sunday, July 19, 2009

Pantun,cempedak dan pagar

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan.
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Hmm.... apa kena mengena pantun ni dengan saya?
Tunggu!!

Hobi lama cerita baru

Salam....buat semua.
Blog ini sebenarnya dibina sebagai suatu platform untuk mengasah kembali kemahiran saya terhadap bidang bahasa dan penulisan, yang memang menjadi minat sejak di bangku sekolah lagi. Pendekkan cerita, macam nak buat come back le kononnya...
Sama -samalah kita berkongsi ilmu, cerita dan informasi untuk kebaikan bersama.

Jadi, apa lagi... let's start blogging!