Friday, August 14, 2009

Akhirnya....

Yes! Alhamdulilah.Akhirnya...!Akhirnya....!Akhirnya.....!Berbuah juga pokok cili padi yang saya tanam tak lama dulu.Sure you all heran...pasal tu pun nak kecoh ke? Lain le kalau dapat banglo sebuah ke...., atau dapat RM 1juta ke.... gempaklah sikit ye dak? Bukan apa...saja nak bagi tau yang selama ni kalau sentuh pasal bab tanam menanam ni, sayaa...selalunya ... fail!! Ada je masalahnya and towards the end all the plants sure akan mati(except for my cactus and aloe vera). It makes me so frustrated!
Tapi kali ini, macam tak percaya pulak bila pokok cili api tu terus 'bernyawa' dan siap berbuah lagi. Agaknya teknik tanaman yang saya gunakan kali ini betul kot?




Haa.... percaya kan? Ini adalah salah satu dari 6 pokok cili api yang tengah nak naik...Husband saya sempat mengusik... hari tu jadi taukeh cempedak,(tukang agih... sebenarnya, bukan jual okey...) lepas ni boleh le jadi taukeh cili api pulak.
Tak de maknanya..saya bukan nak ambil alih position greengrocer kat pasar tu...jauh sekali nak jadi tauke (taugeh mungkinlah kot!)
Ni la aktiviti waktu petang kat rumah. At least keluar juga peluh..
Yang bagusnya lepas ni kalau perlukan benda ni ...tak payah le nak kena beli.
Dan ini pulak....2 dari 12 batang pokok betik yang sedang membesar. Esok,bila dah berbuah boleh le singgah makan ok...Tak pun saya buka gerai jual betik kat depan rumah.He..hee..





Yang ni... pokok nenas ,ada 2 pokok aje...testing. Pokok yang dalam gambar kat atas ni pun sebenarnya masih berada dalam botol minyak makan lagi. Tak sempat lagi nak alih ke tanah. Sebenarnya nak tunjukkan sekali barisan pokok serai dan kunyit yang ada tapi terlupa pulak nak upload gambar.
Tak pe next time...ya.(nak tunjukkan sekali pokok2 orchid saya yang hidup segan mati tak mau tu sekali...nak mintak nasihat dari sesiapayang pakar tentangnya. Well, doakan pokok2 ni tumbuh subur ok.