Wednesday, August 26, 2009

Nak masak apa...hari ni?

Salam...
Pejam celik, pejam celik hari ni dah 5 Ramadhan..Maknanya sudah genap 4 hari juga kita selamat mengerjakan ibadah puasa. Di bulan yang penuh keberkatan dan pengampunan ini pastinya semua orang sibuk melipatgandakan ibadah... Mudah - mudahan diberkatiNya.
Bila tiba saja Ramadhan, biasanya mak - mak kat rumah tulah yang biasanya jadi double triple sibuknya,kan! Kemas mengemas tu memang le dah confirm....Tapi,bila kena part nak memasak tu ada payah sikit.(Sayalah tu!)Pening memikirkan hari ni nak masak apa,esok pulak apa menunya dan ada kalanya tu baru je selesai berbuka... otak dah ligat cari idea untuk juadah kesokkan harinya.Betul tak mak - mak semua?(ke..saya je macam tu?) Emm..itu belum lagi masuk bab nak kejutkan anak2 bersahur...kan?
Tak macam tahun - tahun sebelumnya Ramadhan this year rasanya saya nak fokus pada penyediaan pencuci mulut ataupun kuih muih je.. Mudah sikit dan tak secerewet menyediakan main dish.Sementelah pulak budak- budak kat rumah ni bila dah pekena kuih- muih,dah kenyang ..nasi kurang nak sentuh.Tapi kalau apa saja tentang mee ..memang laju.So far.. kuih ni je yang sempat dibuat..hee...hee..
Hari pertama buat dadih je.Lupe teman nak snap gambo(nak pancing minat si kecik - Nurul berpuasa)

Ni kuih untuk hari kedua posa.Seselalu buat taburkan gula.Ada request bubuh topping coklat..buatkan jugak.



Bubur nangka....- hari ke 3.Emmm..Ada cerita menarik masa masak bubur ni.We talk about it later k.


Hak ni bukan le untuk semalam,tapi cadangan untuk hari ni..(ni gambo 2 bulan lepas!Jangan mare....

Saturday, August 15, 2009

Untuk renungan bersama.....

Pagi tadi saya terima e-mail ini yang antara lainnya menyatakan seperti berikut.......,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Memandangkan Ramadhan pun bakal tiba kurang seminggu dari sekarang, maka mari kita fikirkan bersama... sudahkan kita sempurnakan 3 perkara di atas atau ibadah puasa kita itu kelak langsung tidak diterima olehNya...Nauzubillah....

Friday, August 14, 2009

Akhirnya....

Yes! Alhamdulilah.Akhirnya...!Akhirnya....!Akhirnya.....!Berbuah juga pokok cili padi yang saya tanam tak lama dulu.Sure you all heran...pasal tu pun nak kecoh ke? Lain le kalau dapat banglo sebuah ke...., atau dapat RM 1juta ke.... gempaklah sikit ye dak? Bukan apa...saja nak bagi tau yang selama ni kalau sentuh pasal bab tanam menanam ni, sayaa...selalunya ... fail!! Ada je masalahnya and towards the end all the plants sure akan mati(except for my cactus and aloe vera). It makes me so frustrated!
Tapi kali ini, macam tak percaya pulak bila pokok cili api tu terus 'bernyawa' dan siap berbuah lagi. Agaknya teknik tanaman yang saya gunakan kali ini betul kot?




Haa.... percaya kan? Ini adalah salah satu dari 6 pokok cili api yang tengah nak naik...Husband saya sempat mengusik... hari tu jadi taukeh cempedak,(tukang agih... sebenarnya, bukan jual okey...) lepas ni boleh le jadi taukeh cili api pulak.
Tak de maknanya..saya bukan nak ambil alih position greengrocer kat pasar tu...jauh sekali nak jadi tauke (taugeh mungkinlah kot!)
Ni la aktiviti waktu petang kat rumah. At least keluar juga peluh..
Yang bagusnya lepas ni kalau perlukan benda ni ...tak payah le nak kena beli.
Dan ini pulak....2 dari 12 batang pokok betik yang sedang membesar. Esok,bila dah berbuah boleh le singgah makan ok...Tak pun saya buka gerai jual betik kat depan rumah.He..hee..





Yang ni... pokok nenas ,ada 2 pokok aje...testing. Pokok yang dalam gambar kat atas ni pun sebenarnya masih berada dalam botol minyak makan lagi. Tak sempat lagi nak alih ke tanah. Sebenarnya nak tunjukkan sekali barisan pokok serai dan kunyit yang ada tapi terlupa pulak nak upload gambar.
Tak pe next time...ya.(nak tunjukkan sekali pokok2 orchid saya yang hidup segan mati tak mau tu sekali...nak mintak nasihat dari sesiapayang pakar tentangnya. Well, doakan pokok2 ni tumbuh subur ok.




















Monday, August 10, 2009

Salam...,
Dah lama tak ada N3,bukan apa dah kena attack dengan selsema. Senggal2 satu badan. Risau gak kan sekarang ni H1N1 tengah menular. Starting from last Saturday my school diarah 'tutup' for 1 week coz hampir 80 murid tak hadir atas sebab kesihatan.Jerebu pulak tak reda2. So kenalah kami berehat kat rumah...Nak keluar pun rasa takutlah sebab pembawa virus ni quite difficult to detect.
Orang yang baru kena astma like mysef ni memang le kena lebih berhati2. Risikonya lebih tinggi. Mintak dijauhkan Allah...Well, sama - sama kita jaga kesihatan, jauhi tempat yang ramai orang dan kalau basuh tangan tu sekurang2nya mesti 20 seconds tau. Kalau tak kita dianggap sekadar membasahkan tangan! Itu maklumat yang one of my friend dapat masa pergi taklimat dari Jabatan Kesihatan two weeks ago. kalau pakai mask tu katanya 90% kemungkinan untuk kena dapat dielakkan. Itu bukan satu jaminan kan. But at least kita usaha lepas tu barulah boleh tawakkal. Semoga semuanya akan kembali normal tak lama lagi...Amin.